Piala Super Boost SportsFix buka tirai di Stadium Nasional

KUALA LUMPUR: Pertembungan tiga penjuru antara kelab terkemuka di Asia Tenggara bakal berlangsung buat julung kaliya di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertengahan bulan depan.

Pasukan Kelantan yang mewakili Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi (Thailand) masing-masing akan merebut gelaran sulung dalam Piala Super Boost SportsFix – kejohanan sulung yang dipertandingkan di Stadium Nasional sejak venue berkenaan diubah suai untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), baru-baru ini.

Selain trofi, juara bagi edisi pertama juga akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM40,845).

“Saya difahamkan ini adalah perlawanan pertama selepas Sukan SEA di stadium ini,” kata Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Kamarudin Mohamad selepas majlis pengumuman kejohanan berkenaan, hari ini.

“Tentunya kami berasa bangga dan berterima kasih kepada SportsFix kerana memberi peluang ini.

“Kami tentunya akan menurunkan barisan terbaik untuk pertandingan ini,” kata Kamarudin.

Sementara itu, pemain pertahanan Persija Jakarta, Gunawan Dwi Cahyo berkata, kejohanan ini bakal digunakan pasukan sebagai persiapan awal mereka menghadapi musim Liga 1 yang akan datang.

“Kejohanan ini akan menjadi persiapan buat kami dan ia bagus buat kami bagi menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

“Kami harus mengambil peluang ini dengan sebaiknya dan mempamerkan mutu permainan yang terbaik.”

Tiket akan mula dijual pada 13 Disember ini bermula daripada RM10 untuk pelajar dan RM15 hingga RM120 (dewasa). Ia juga boleh didapati menerusi lawan web Sportsfixcup.

 

Info

Jadual perlawanan

Pbulletl Ratchaburi mln Persija Jakarta, 13 Januari

Pbulletl Kelantan mln Persija Jakarta, 16 Januari

Pbulletl Kelantan mln Ratchaburi, 20 Januari

(perlawanan menggunakan format round robin)

Visit Berita Harian for more information.

About Total Sports Asia

Advertisements